Tony Pua umpama 'gelandangan politik'

Iklan
NOOR AZLEEN

JOHOR BAHRU - Bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dilihat cuba mencari publisiti dengan mengeluarkan kenyataan menghentam Barisan Nasional (BN) kini bersama Pakatan Harapan (PH) sebagai 'corrupt coalition' atau pakatan 'korup'.

Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros berkata, kenyataan 'panas' tersebut sudah tentu akan menarik perhatian media dan orang ramai sekali gus tumpuan diberikan kepada Tony Pua.

Iklan
Iklan

"Beliau barangkali menaruh harapan bahawa dengan kenyataan-kenyataan yang sebegitu itu, dapatlah mencuri tumpuan dan ihsan daripada media dan orang ramai," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Noor Azleen menegaskan kenyataan Tony Pua itu langsung tidak memberi kesan kepada fokus dan matlamat utama UMNO ketika ini.

Iklan

Media sebelum itu melaporkan, Tony ketika berucap pada Majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP di pekarangan Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), secara 'tiba-tiba' menggelar BN yang kini bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan sebagai 'corrupt coalition' atau pakatan 'korup'.

Tony dalam ucapan sama turut menyuarakan harapan supaya PH selepas ini dapat membentuk kerajaan sendiri dalam kalangan komponen gabungan itu tanpa membabitkan UMNO dan BN sekiranya gabungan itu menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Iklan

Untuk itu, katanya, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai Perdana Menteri perlu membuktikan sesuatu kepada rakyat berbilang kaum di negara ini bahawa pentadbiran PH jauh lebih baik dan tidak korup seperti BN.

BN, Bersatu 'pakatan korup' - Tony Pua

'BN sedia jadi pembangkang, DAP boleh tinggalkan UMNO' - Isham

'Tony Pua, sila cermin diri' - Dr Akmal

Kenyataan Tony Pua bukan pendirian DAP - Anthony Loke