Tiga beradik maut, motosikal bertembung MPV

Iklan
Keadaan MPV dan motosikal yang terlibat kemalangan hingga meragut tiga nyawa di Jalan Benta-Lamir dekat Kampung Langgar pada Sabtu.

PEKAN - Tiga beradik maut selepas motosikal dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 7, Jalan Benta-Lamir dekat Kampung Langgar di sini pada Sabtu.

Dalam nahas kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, penunggang motosikal, Nik Ikram Idwan Nik Mohd Khairul Hisyam, 15, dan dua adiknya, Nik Nur Faqihah, 11, serta Nik Ikram Nuqman, 5, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, pemandu MPV jenis Nissan Sarena bersama enam penumpang berusia tiga hingga 65 tahun dilaporkan selamat dan tiga daripada mereka mengalami kecederaan ringan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika pemandu MPV bersama penumpang dalam perjalanan dari arah Taman Jambu, Pekan menghala ke Kuantan.

Iklan

"Motosikal dinaiki tiga beradik itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Kampung Lamir menghala ke rumah mereka di Kampung Langgar di sini.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Modenas Kriss dinaiki tiga beradik itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan MPV yang datang dari arah hadapan," katanya.

Iklan

Mohd Zaidi berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk proses bedah siasat.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," jelasnya.