Pemimpin Itali, Poland, Czech pantau 'ketidakstabilan' di Rusia

Iklan
Itali memantau dengan teliti pemberontakan bersenjata oleh tentera upahan Yevgeny Prigozhin di Rusia dan meminta rakyatnya di negara itu supaya mengambil langkah berjaga-jaga. - Foto AFP

ROME - Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni berkata, persengketaan antara tentera Rusia dan tentera upahan Wagner menunjukkan bahawa"pencerobohan terhadap Ukraine juga membawa kepada ketidakstabilan dalam Persekutuan Rusia".

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pemimpin Itali itu pada Sabtu, pihaknya memantau dengan teliti pemberontakan bersenjata oleh tentera upahan Yevgeny Prigozhin.

Iklan
Iklan

Ahli politik sayap kanan itu berkata, beliau merancang untuk bertemu dengan menteri berkaitan dan perkhidmatan rahsia Itali pada Sabtu bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai situasi di Rusia, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Rakyat Itali di Rusia digesa supaya mengambil langkah berjaga-jaga, menurut Kementerian Luar.

Iklan

Poland dan Republik Czech, yang merupakan penyokong kuat Ukraine turut memantau perkembangan di Rusia.

Menteri Luar Czech, Jan Lipavsky memberi amaran kepada rakyatnya supaya tidak melakukan perjalanan ke Rusia.

Iklan

Amaran perjalanan telah dikuat kuasa kerana keadaan keselamatan di Rusia boleh merosot, lapor agensi berita CTK memetik kenyataan pemimpin itu.

Sementara itu, Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Sabtu menghubungi Presiden Belarus, Alexander Lukashenko; Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev dan Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev menerusi panggilan telefon, menurut jurucakap Kremlin Dmitry Peskov, lapor Sputnik.

"Presiden memberi taklimat kepada rakannya mengenai situasi itu," kata Peskov kepada pemberita. - Bernama-dpa

ARTIKEL BERKAITAN: FSB siasat ketua Wagner atas cubaan rampasan kuasa