Enggan 'telanjangkan' diri, Baggio tolak sertai Gegar Vaganza

Iklan
Vokalis kumpulan Damasutra, Baggio - Foto Media Hiburan

SELEPAS ramai rakan-rakan seangkatan yang kembali menempa nama setelah menyertai program realiti, Gegar Vaganza, lain pula pandangannya daripada vokalis kumpulan Damasutra, Baggio.

Jelas Baggio, sebagai penyanyi yang telah berkecimpung di dalam dunia seni sejak lebih tiga dekad yang lalu, dia belum sedia untuk mempertontonkan kelemahannya kepada umum.

Iklan
Iklan

"Saya tiada masa untuk program berkenaan. Sebenarnya, sejak daripada awal lagi saya telah banyak kali ditawarkan untuk sertai program itu.

"Jadi, saya tak layak untuk hadir ke program sebegitu kerana ia hadir dengan risiko yang akan menelanjangkan kelemahan saya.

"Saya lebih memilih untuk ‘play safe’ untuk kekal relevan.

Iklan

"Kita hanyalah manusia biasa dan tak sempurna. Kita ada kelebihan dan kelemahan. Kenapa kita nak mempersembahkan kelemahan kita?” katanya kepada MH.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi ini tetap percaya kualiti untuk penghasilan sesebuah karya juga mampu untuk melelakkan seseorang artis itu di tahap yang berbeza meskipun sudah berusia.

Iklan

"Saya dapat tawaran sejak musim pertama lagi tapi saya tolak dengan cara yang baik. Saya bagitahu yang saya tiada masa kerana punyai komitmen dalam industri muzik di luar.

"Nyanyian saya masih lagi punyai permintaan. Anda semua boleh lihat lagu-lagu baharu saya di YouTube walaupun saya tak aktif bersama Damasutra. Saya sentiasa berkarya.

"Kepercayaan saya adalah berkarya dan bukan untuk memasuki apa-apa progam dalam bentuk realiti yang boleh mencela integriti saya,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Baggio teruja apabila Damasutra bakal mengadakan konsert berskala besar sejak 33 tahun penubuhan band tersebut.

Konsert 33 Tahun Damasutra bakal berlangsung di Zepp KL pada 27 Oktober nanti.

Tiket muka dijual pada harga RM188 (Rock Zone), RM258 (Silver) RM350 (Gold) dan RM3,000 (VIP Box). -Media Hiburan