Pelancong dijangka meningkat lebih 3.5 juta di Selangor

Iklan
Loy Sian

PETALING JAYA - Kerajaan negeri Selangor menjangkakan jumlah peningkatan pelancong melebihi 3.5 juta berbanding 3.3 juta tahun lalu dengan kenaikan sebanyak lima peratus tahun ini.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Hee Loy Sian berkata, pelancongan pelayaran melalui Terminal Kapal Persiaran Pelabuhan Klang juga Taman Tema Air Splash Mania di Gamuda Cove dijangka menjadi antara lokasi tarikan di negeri Selangor.

Iklan
Iklan

"Turut menjadi tumpuan segmentasi ekopelancongan seperti Geotaman Gombak-Hulu langat yang terdiri daripada 20 geotapak di Gombak serta Hulu Langat seperti Batu Arang, Batu Caves, Permatang Kuarza, Sungai Tekala dan Kompleks Air Panas Sungai Lalang.

"Begitu juga pelancongan agro seperti Selangor Fruit Valley, pelancongan agro Sungai Panjang dan pelancongan agro di Sekinchan," katanya pada Majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun Ke-17 Petaling Jaya di Laman MBPJ di sini pada Sabtu malam.

Iklan

Hadir sama, Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Azhan Md Amir.

Beliau menambah, sememangnya negeri Selangor mempunyai banyak lokasi menarik untuk dikunjungi dan tidak terhad hanya di kawasan bandar sahaja.

Iklan

"Bagi menarik minat lebih ramai pelancong, pakej berasaskan komuniti setempat akan dipasarkan secara meluas kerana itulah trend terkini pelancong.

"Pada masa sama kerajaan negeri juga telah memperkenalkan aplikasi Go Selangor yang telah menerima seramai 1,947 pengguna yang memuat turun aplikasi Go Selangor dengan jumlah akses sebanyak 6,820," katanya.

Menurutnya lagi, aplikasi itu juga menerima respon yang agak baik daripada pengguna malah terdapat beberapa penambahbaikan dicadang seperti pakej tawaran akan diperbanyakkan pada aplikasi tersebut.