Tang Jie-Ee Wei gegar Taiwan

Iklan
Tang Jie (kiri) dan Ee Wei meraikan kejayaan muncul juara Kejohanan Badminton Terbuka Taiwan pada Ahad. - Foto Badminton Photo

BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei meneruskan momentum cemerlang apabila merangkul gelaran ketiga musim ini selepas menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Taiwan 2023, pada Ahad.

Pasangan yang menghuni ranking ke-19 dunia itu mudah menundukkan beregu tuan rumah, Chiu Hsiang Chieh-Lin Xiao Min 21-12, 21-8 dalam tempoh 30 minit.

Iklan
Iklan

Kemenangan itu membolehkan beregu pilihan keempat kejohanan itu membawa pulang hadiah wang tunai AS$16,590 (RM77,583).

Dalam aksi tersebut Tang Jie-Ee Wei yang dikenali Gengster Duo itu bermula dengan langkah kanan pada set pertama apabila mendahului 17-8 sebelum menang 21-12.

Iklan

Memasuki set kedua, aksi pantas pasangan negara sukar digugat apabila jauh meninggalkan pasangan lawan untuk mendahului 18-6 seterusnya menutup aksi dengan nota kejuaraan.

Kali terakhir beregu campuran Malaysia merangkul gelaran di Taiwan ialah menerusi Koo Kien Keat-Wong Pei Tty pada 2004.

Iklan

Sebagai rekod ia adalah gelaran ketiga buat Tang Jie-Ee Wei musim ini selepas mengungguli Cabaran Antarabangsa Iran pada Februari dan Masters Orleans April lepas.