Jangan sensasikan perpindahan ke Liga Pro Saudi

Iklan
Cristiano Ronaldo - Foto AFP

SEMUA pihak digesa menerima secara terbuka keputusan diambil pemain berstatus bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk menyertai kelab Liga Pro Saudi.

Malah, legenda Manchester United, Rio Ferdinand, mengakui kecewa apabila perpindahan beberapa nama besar seperti Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema disensasikan pada ketika ini.

Iklan
Iklan

"Sungguh memalukan kerana sebelum ini apabila Wayne Rooney, David Beckham, Frank Lampard dan Steven Gerrard pergi ke Amerika Syarikat, mereka berkata ia adalah cara terbaik menamatkan karier, untuk membuat banyak wang dalam liga yang tidak begitu kompetitif.

"Ini adalah semua yang saya baca di media. Tetapi apabila Ronaldo memutuskan untuk melakukan ini, ia disifatkan memalukan dan bencana kepada industri bola sepak hanya kerana dia pergi ke Arab Saudi.

Iklan

"Sejujurnya, saya gembira apabila dia bahagia bersama Al Nassr. Dan bagi mana-mana pemain bola sepak, kegembiraan dan berpuas hati dalam persekitaran tempat bermain adalah antara perkara yang paling penting,” katanya.

Sebagai rekod, Ronaldo menandatangani kontrak dua tahun setengah dengan Al Nassr - yang menjadi ejen bebas sejak kontraknya bersama Manchester United ditamatkan - dilaporkan menerima 173 juta pound (RM761.3 juta) setahun.

Iklan

Perjanjian itu dipercayai berlanjutan sehingga tujuh tahun dijangka menyaksikan Ronaldo juga akan memainkan peranan sebagai duta kelab selepas bersara. Ini bermakna Ronaldo akan menerima sehingga 1.2 bilion pound (RM5.28 bilion) sepanjang kontraknya itu.

Tambah Ferdinand lagi, dia gembira apabila Ronaldo menemui kebahagiaan itu semula walaupun ia berada di kelab yang tidak begitu dikenali seperti di Eropah atau Amerika Syarikat.

Namun jelas tonggak pertahanan England itu untuk pergi ke Arab Saudi menemui liga yang serba baharu dan sangat kompetitif di Asia merupakan pengalaman sangat menarik.

"Saya melihat orang memberi komen dan beberapa pakar mengatakan ia adalah cara yang menyedihkan bagi Ronaldo untuk menamatkan kerjayanya.

"Namun pada saya, satu-satunya kesedihan ialah apabila ia berakhir di Manchester United. Ini adalah pengembaraan baharu di mana dia membawa keluarganya menemui budaya baharu juga," katanya