Ibu kandung kanak-kanak empat tahun dicari

Iklan
Mohamad Aliff kini berada dalam jagaan Khairul Hairuzi sejak diserahkan oleh ibu kandungnya pada usia setahun lima bulan.

SUNGAI PETANI - Seorang wanita yang juga ibu kandung kepada kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dicari setelah hilang tanpa khabar berita sejak terputus hubungan kira-kira dua tahun lalu.

Wanita berkenaan dikenali sebagai Yusnizawarinawani Mohd Yusoff, 28, dipercayai dari Kelantan, gagal dikesan sebaik sahaja keluar daripada hukuman penjara dalam tempoh terbabit.

Iklan
Iklan

Anaknya, Mohamad Aliff Haqaish Abdul Wahid kini dalam jagaan Khairul Hairuzi Osman, 38, dari Sungai Layar dekat sini sejak kanak-kanak terbabit diserahkan pada usia setahun lima bulan.

Menurut Khairul Hairuzi, kali terakhir dia bertemu wanita itu pada Ogos 2021 apabila meluangkan masa bertemu anaknya.

Iklan

"Saya dimaklumkan ibu kandungnya baharu sahaja keluar penjara namun tidak tahu di mana tempat tinggal terkini.

"Tujuan pencarian ibu kandung ialah untuk melengkapkan dokumen pengenalan diri yang diperlukan Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi memudahkan proses pendaftaran persekolahan," katanya.

Iklan

Khairul Hairuzi berkata, mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubunginya di talian 019-5511129.