WAKIL Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menghadiri taklimat daripada Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) di Stadium Jalan Besar mengenai pelaksanaan video bantuan pengadil (VAR) dalam saingan Singapore Premier League 2023.
Delegasi MFL dipimpin Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam.
Iklan
Iklan
Kehadiran delegasi itu bersama wakil Astro bagi program selama dua hari tersebut disambut oleh pemangku Presiden FAS, Bernard Tan, Setiausaha Agung FAS, Yazeen Buhari dan Pengarah Jabatan Pengadil FAS, Nazeer Hussain.
Pengarah Komersial FAS, Jonathan Wong memberikan penerangan awal berkenaan penggunaan VAR dalam pertandingan liga negara tersebut.
Taklimat mengenai penyiaran serta teknologi dan sistem VAR pula disampaikan oleh Ketua Produksi & Kandungan FAS, Abhishek Ravikrishnan, manakala Pengadil FIFA, Muhammad Taqi menjelaskan mengenai peranan pengadil dalam operasi VAR.
Kesemua peserta kemudian berpeluang untuk meninjau secara dekat operasi di pusat kawalan VAR di Stadium Jalan Besar.
MFL mengucapkan terima kasih kepada FAS atas pengendalian program yang memberikan banyak pendedahan dan maklumat mengenai pelaksanaan VAR.