Oyen berkawan baik dengan Capybara sudah ada papan tanda

Iklan
Papan tanda Capbyara & Oyen di Zoo Negara. Oyen sedang makan bersama sekumpulan Capybara.

SHAH ALAM - Seekor kucing dikenali Oyen yang berkawan baik dengan sekumpulan Capybara iaitu tikus gergasi kini sudah memiliki papan tandanya sendiri di Zoo Negara.

Lebih istimewa tambahan nama Oyen di papan tanda Capybara iaitu 'Capbyara & Oyen' di hadapan kepungan Capybara menjadi tarikan setiap pengunjung di Zoo Negara apabila teruja mengetahui si kucing tinggal bersama sekumpulan haiwan herbivor.

Iklan
Iklan

Papan tanda Capbyara & Oyen itu juga menandakan simbol persahabatan yang erat melibatkan dua haiwan meskipun berlainan spesies.

Menerusi perkongsian video berdurasi 24 saat di Tiktok rasmi Zoo Negara menunjukkan Oyen sedang makan bersama sekumpulan Capybara.

Iklan

Kelihatan mesra dan akrab seakan kedua haiwan tersebut daripada spesies yang sama.

Difahamkan kucing dan tikus gergasi itu sudah menjadi seakan rakan sekamar sejak dua atau tiga tahun lalu. Keakraban haiwan ini semakin menjadi tarikan kepada pengunjung Zoo Negara, yang menanggung kerugian besar apabila terpaksa menutup sementara operasi akibat sekatan pandemik Covid-19.

Iklan

Malah Covid-19 menjalin persahabatan antara Oyen dan Capybara sekali gus membawa tuah kepada Zoo Negara kerana kehadiran Oyen menjadikan tempat kepungan Capybara salah satu tempat haiwan paling popular di zoo berkenaan.

Video memaparkan Oyen dan Capybara meletup viral di TikTok dan Twitter beberapa kali, selepas zoo dibuka semula pada September 2021.

Antara video yang viral ialah yang menunjukkan Oyen tidur atau memeluk Capybara.

Sebahagian punca terjadi persahabatan dua haiwan ini adalah kerana sifat semula jadi Capybara.

Capybara yang berasal dari utara dan tengah Amerika Selatan adalah haiwan sangat sosial dan serasi dengan banyak haiwan, termasuk anjing dan itik. Sementara Oyen, menurut kepercayaan umum, kucing berwarna oren memang mudah mesra tetapi bengap.