'King' langgar Bezza, rempuh pagar batu balai polis

Iklan
Perodua Myvi yang dipandu remaja lelaki terbabas melanggar Perodua Bezza yang sedang diparkir hingga bergerak ke hadapan dan melanggar tembok batu Balai Polis Sungai Jarom, Kuala Langat pada Sabtu. - Gambar kecil: Ahmad Ridhwan

KUALA LANGAT - Kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu remaja lelaki terbabas sebelum melanggar sebuah kereta hingga merempuh tembok pagar Balai Polis Sungai Jarom, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, kejadian kira-kira jam 10.20 malam itu dipercayai berlaku ketika kereta terbabit yang datang dari arah Banting menghala ke arah Jalan Sungai Buaya, Jenjarom, dipercayai hilang kawalan semasa membelok ke kiri.

Iklan
Iklan

"Perodua Myvi yang dipandu lelaki berusia 19 tahun itu kemudian terbabas dan melanggar sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang di parkir di hadapan Balai Polis Sungai Jarom.

"Pelanggaran itu menyebabkan kereta Perodua Bezza bergerak ke hadapan lalu melanggar tembok pagar batu Balai Polis Sungai Jarom," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Beliau berkata, remaja terbabit yang bekerja sebagai pembantu kedai bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, ujian air kencing ke atas remaja terbabit negatif.

Iklan

"Kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Mana-mana saksi yang melihat kemalangan ini atau mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Nur Farhana Abdullah di talian 013-2065466 atau 03-31872222," ujarnya.