Menang 5-2 suntik semangat Kedah

Iklan

SETELAH menang 5-2 ke atas Kuala Lumpur dalam saingan Liga Super malam tadi, satu lagi cabaran besar sedang menanti pengendali pasukan Kedah, Aidil Sharin Sahak dalam pertemuan dengan PKNS FC pada suku akhir kedua saingan Piala FA Jumaat akan datang.

Aidil berkata kemenangan itu menyuntik moral dan keyakinan pasukan bagi menghadapi perlawanan itu.

Iklan
Iklan

"Saya harap ia tak berhenti di sini sahaja dan harapan saya agar beberapa pemain yang masih cedera beransur pulih sebelum pertemuan dengan PKNS FC tujuh hari lagi," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan dengan Kuala Lumpur di Stadium Darulaman di sini, malam tadi.

Aidil berkata kemenangan itu cukup bermakna sekaligus menebus kekalahan 2-1 dalam pertemuan dengan pasukan pelawat pada pusingan pertama sebelum ini.

Iklan

Sementara itu, penolong ketua jurulatih pasukan Kuala Lumpur, Rosle Md Derus berkata, kesungguhan pemain untuk menjaringkan gol menyebabkan pasukannya terperangkap dengan serangan pasukan Kedah di hujung babak perlawanan.

"Selain itu, faktor kecergasan turut menjadi penyebab kekalahan kerana sejak April lepas pasukan bermain tiga perlawanan setiap minggu dengan pemain yang sama tanpa banyak perubahan," katanya.

Iklan

Kemenangan bergaya 5-2 meletakkan Kedah mengatasi Selangor pada kedudukan ketiga liga dengan mengumpul 19 mata. - Bernama