BANGI -"Biasa... ia satu perjumpaan biasa, mendengar taklimat seperti biasa,” itu jawapan ringkas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya mengenai pertemuan beliau yang juga Presiden PKR bersama pimpinan parti itu di Seri Perdana, Putrajaya pada Ahad.
Pengerusi PH itu berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan pelancaran Rakan Muda di Universiti Kebangsaan Malaysia pada Ahad.