Hebat orang Ganu!

Iklan
Mohd Harrif ditemu ramah oleh wartawan EuroSport pada April lalu.

KESUNGGUHAN pakar pecut Terengganu Cycling Team (TSG) bertutur dalam Bahasa Inggeris namun masih mengekalkan loghat Terengganu ketika ditemu ramah wartawan EuroSport menjadi bualan netizen.

Mohd Harrif Salleh, 30, ditemu ramah selepas memenangi pusingan 2 Le Tour De Langkawi (LdTL) April lalu.

Iklan
Iklan

Anak kelahiran Kuala Terengganu itu tidak menyangka video temu ramah itu tular di media sosial.

Pelumba pecut lebuh raya negara itu memberitahu, dirinya tidak fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris tetapi demi memenuhi permintaan wartawan EuroSport, dia bersetuju.

Iklan

Memetik Mstar, Mohd Harrif berkata, beliau tidak berasa segan atau malu apabila pertuturannya itu berbunyi loghat Terengganu.

"Saya jawab je apa yang ditanya mengikut pemahaman sendiri, cuma ada perkataan yang nak sebut 'opportunity' tapi tak boleh sebab 'lidoh sayo meme kerah' (lidah memang keras).

Iklan

"Jadi terus terlintas perkataan 'opiniong' sebab bunyi loghat Terengganu." katanya.

Pernah tinggal di Australia antara 2006 hingga 2010, Mohd Harrif tidak kekok untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris.

"Saya bukan 'terror' sangat 'speaking' tapi bolehlah faham sebab sebelum ini pernah tinggal di Australia.

"Jadi bolehlah kalau nak 'speaking', cuma tak reti nak buat slang," katanya. Klip video dikongsi oleh @JarrNadjmuddean berdurasi 1 minit 52 saat kini meraih lebih 200,000 tontonan sejak dimuat naik pada 30 April lalu.

Seorang netizen, @norayazid berkata,"pehh i salute u bradeng! semua perfect cuma slang je pekat molek boh, dakpe asal mu kekal kang momenteng buat molek sokmo k boh!".

Tulis @I2ahman pula,"steady orang Ganu!".