Helah tak jadi, Imigresen tahan PATI pelbagai kesalahan

Iklan
Shukri memeriksa dokumen warga asing yang ditahan dalam operasi bersepadu yang dijalankan semalam.

PETALING JAYA - Mempunyai dokumen perjalanan lengkap dan sah, enggan membuka pintu rumah antara helah yang digunakan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam satu operasi yang diadakan di PPR Lembah Subang 1 di sini.

Alasan itu diberikan untuk mengelak ditahan Jabatan Imigresen Selangor awal pagi tadi.

Iklan
Iklan

Dalam serbuan bermula jam 1 pagi itu, seramai 11 PATI warga Indonesia, Bangladesh berusia antara 22 hingga 55 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan Imigresen.

Kesemua warga asing ini ditahan untuk tindakan selanjutnya.

Pengarah Imigresen Selangor, Mohamad Shukri Nawi berkata, bertindak atas aduan awam dan sumber risikan Imigresen, operasi bersepadu itu dilakukan di sekitar PPR tersebut.

Iklan

"Operasi disertai seramai 172 pegawai dan anggota terdiri daripada Jabatan Imigresen, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Polis Diraja Malaysia, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Operasi dijalankan di unit blok PPR di sini yang mana kita menerima makluman terdapat warga asing yang menyewa di sini melibatkan lebih 800 unit rumah di kedua-dua blok ini," katanya.

Iklan

Turut hadir sama dalam operasi ini adalah Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar, Haniza Mohamed Talha.

Mohamad Shukri berkata demikian pada sidang media selepas Operasi Bersepadu Jabatan Imigresen Selangor di sini, hari ini.

"Tujuh daripada warga asing yang ditahan lelaki manakala empat lagi wanita, kesemua mereka terdiri daripada warganegara Indonesia dan Bangladesh.

"Kesalahan yang dikesan adalah tidak mempunyai dokumen perjalanan yang lengkap," katanya.

Anggota Imigresen sedang melakukan operasi di PPR Lembah Subang 1 disini awal pagi tadi.

Beliau berkata, terdapat juga warga asing yang bertindak melarikan diri sebaik sahaja menyedari kehadiran pihak berkuasa.

"Mereka yang lari tu semasa penguat kuasa baru tiba di kawasan sekitar, tetapi semasa operasi di PPR terkawal dan tidak ada yang cuba nak lari.

"Kesemua mereka akan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah,” katanya.