Sikap curang menurun daripada keturunan?

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

MENURUT satu tinjauan Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat, sebanyak 71 peratus responden wanita bersikap curang dengan suaminya memiliki seorang ibu yang juga pernah melakukan hal serupa pada masa lalu.

Penyelidik juga mendapati kira-kira 45 peratus responden lelaki yang mempunyai hubungan sulit disebabkan bapa mereka pernah selingkuh dengan wanita lain.

Iklan
Iklan

Dalam satu kajian yang dilaksanakan State University of New York Binghamton, New York pula mendedahkan, kecenderungan untuk menipu (tentang hubungan) juga dipengaruhi oleh kepelbagaian gen dalam rantai asid deoksiribonukleik (DNA) tubuh badan seseorang.

Menurut penyelidikan itu, individu yang mempunyai varian tertentu seperti polimorfisme reseptor D4 (gen D4) lebih berkemungkinan mengkhianati pasangan sah mereka.

Iklan

Golongan berkenaan dikatakan secara semula jadi memerlukan rangsangan yang lebih besar untuk mencapai kepuasan.

Sebagai contoh, bagi sesetengah orang, cukup sekali untuk mereka menaiki roller coaster, namun mereka dengan gen DRD4 akan meminta mengulanginya bagi menguji had dan limitasi diri masing-masing.

Iklan

Buktinya, sebanyak 50 peratus peserta yang mempunyai genetik itu mengaku pernah menjalinkan hubungan sulit sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka.

Menariknya, mutasi gen DRD4 diwarisi daripada ibu bapa. Untuk pemahaman mudah, seperti penyakit keturunan, jika ibu bapa mempunyai ‘gen curang’, anak-anak lain boleh ‘mewarisinya’.

Menghadam dua kajian tersebut memberi dua kesimpulan. Secara diplomasi, fakta tersebut ada kebenarannya, namun mungkin ia berlaku secara kebetulan sahaja.

Namun, secara realistiknya sikap curang atau khianat lahir daripada individu itu sendiri. Tiada siapa yang mengajar dan tidak adil untuk membangkitkan isu genetik.

Sebagai seorang Muslim, jangan diketuk pintu kecurangan. Islam sangat melarang perbuatan tersebut dalam bentuk apa pun. Peringatan indah itu jelas terkandung dalam surah al-Muthaffifin.

Penipuan boleh diatasi sekiranya nilai-nilai tauhid dan akidah tertanam kukuh dalam jiwa kita.

Kesedaran untuk sentiasa diperhatikan oleh ALLAH juga akan membuatkan kita tidak berani melakukan perbuatan buruk itu.