Messi lakar hatrik pada hari lahir

Iklan
Messi (dua dari kanan) menyambut ulang tahun kelahiran dengan aksi persahabatan di kampung halaman Rosario pada Ahad. - Foto EPA

BINTANG sensasi, Lionel Messi meraikan ulang tahun kelahiran ke-36 dengan cara berbeza apabila menyumbat hatrik ketika kepulangannya ke Rosario.

Kapten Argentina itu kembali ke kampung halamannya pada Ahad untuk bermain dalam aksi persahabatan menentang kelab lamanya, Newell's Old Boys.

Iklan
Iklan

Pemenang tujuh kali Ballon d'Or itu mendapat sambutan wira di Estadio Marcelo Bielsa apabila 42,000 peminat melaungkan namanya.

"Apa yang kami lakukan sangat istimewa (memenangi Piala Dunia) dan unik, impian bagi setiap pemain bola sepak. Anda akan terfikir apa lagi yang bakal tiba, lebih daripada apa yang sudah berlaku.

Iklan

"Apabila tiba waktu untuk meninggalkan bola sepak, saya akan lebih mengingati dan menikmati semua yang sudah dicapai," kata Messi.

Dalam aksi itu Messi melakar hatrik pada babak pertama bermula dengan jaringan pembukaan pada minit keempat menerusi sepakan percuma.

Iklan

Perlawanan sempena penghargaan kepada bekas pemain Liverpool, Maxi Rodriguez itu berakhir dengan kemenangan berpihak Argentina 4-2.