Polis Turkiye tahan 50 individu sertai perarakan LGBT

Iklan
Polis Turkiye melakukan sekatan bagi menghalang perarakan LGBTQ di Istanbul. - Foto AFP

ISTANBUL - Ratusan orang yang membawa bendera pelangi dan transgender berkumpul di Istiklal Avenue, tempat tradisional untuk perarakan.

Polis Turkiye menahan sekurang-kurangnya 50 individu selepas komuniti LGBT Istanbul mengadakan perarakan tahunan mereka, pada ahad.

Iklan
Iklan

Kerajaan pimpinan Presiden Recep Tayyip Erdogan dan parti AK yang berakar umbi islam telah memperkukuhkan pendiriannya terhadap kebebasan golongan berkenaan. Bercakap selepas kemenangan pilihan rayanya dalam pusingan akhir bulan lalu, erdogan menuduh parti pembangkang sebagai"pro-LGBT".

Jalan-jalan berhampiran telah disekat dan pengangkutan awam di kawasan itu digantung.

Iklan

Pada Ahad, ratusan orang yang membawa bendera pelangi dan transgender berkumpul di taman mistik di daerah Sisli.

Gabenor Istanbul, Davut Gul berkata di twitter bulan ini bahawa sebarang aktiviti yang mengancam struktur keluarga tradisional tidak akan dibenarkan. - Agensi

Iklan