'DAP hanya pegang kepada komitmen Ahmad Zahid' - Anthony Loke

Iklan
Anthony Loke ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-3 Persatuan Pengusaha Institut Memandu (PIM) pada Isnin.

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] DAP hanya berpegang kepada komitmen Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meskipun MCA menggesa agar tidak membantu DAP dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Setiausaha Agung, Anthony Loke Siew Fook berkata, Ahmad Zahid telah memberi komitmen yang jelas berhubung perkara tersebut.

Iklan
Iklan

"Kami ambil komitmen daripada Pengerusi BN sendiri yang juga Timbalan Perdana Menteri, jadi pandangan lain kita tidak ambil kira," katanya ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-3 Persatuan Pengusaha Institut Memandu (PIM) di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai gesaan Setiausaha Agung Pemuda MCA, Danial Wa Wai How agar parti itu tidak membantu DAP dalam menghadapi PRN.

Iklan

Jelas Anthony Loke, kenyataan yang dikeluarkan oleh Wai How tidak mewakili BN.

"Itu hanya Pemuda MCA sahaja," katanya.

Iklan

Terdahulu Wa Wai mengeluarkan kenyataan agar parti memulaukan PRN selepas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Lokman Adam dilapor menggelarkan MCA dan MIC sebagai biawak hidup.

Gabungan UMNO, MCA dan MIC merupakan kerjasama politik tertua di negara ini sejak era Parti Perikatan iaitu 71 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN:

Kecewa digelar 'biawak hidup', MCA disaran pulau PRN

MCA harap tak dipinggir, mohon kerusi di Kedah

Serang MCA, MIC, Lokman kini dilihat pembela DAP - Lian Ker

Gesa DAP mohon maaf, Lip Eng bidas MCA