[VIDEO] Had usia kenderaan di institut memandu dilanjut 10 tahun

Iklan
Kerajaan melanjutkan had usia kenderaan yang digunakan di institut memandu kepada 10 tahun. - Gambar hiasan

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Had usia kenderaan yang digunakan di institut memandu akan dilanjutkan kepada 10 tahun berbanding tujuh tahun sebelum ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, dasar baharu itu bagi membantu kos pengoperasian institut memandu yang terjejas sebelum ini akibat Covid-19.

Iklan
Iklan
"Kementerian mengambil sedikit pertimbangan untuk memberi kelonggaran tersebut.

"Kalau kita 'rigid' dan tidak tukar apa-apa peraturan itu maka kebanyakan kenderaan yang masuk ke tahun ketujuh susah tidak boleh dipakai, sudah menambah beban pengusaha dan ia tidak adil,” katanya menerusi ucapan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-3 Persatuan Pengusaha Institut Memandu (PIM) pada Isnin.

Selain itu, beliau turut mengumumkan pengecualian pemeriksaan berkala bagi kenderaan baharu di bawah institut memandu selama dua tahun.

Iklan

"Untuk tahun seterusnya hingga tahun ke-10, pemeriksaan berkala yang diwajibkan adalah setahun sekali berbanding dua kali setahun," jelasnya.

Dalam pada itu, Anthony berkata, inisiatif tersebut bagi meningkatkan produktiviti aset institut memandu tanpa berkompromi terhadap isu keselamatan.

Iklan

Tegas beliau, sekiranya didapati kenderaan institut memandu tidak diselenggara dengan baik sehingga melibatkan kemalangan, maka pihak kementerian tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha institut memandu terbabit.

"Sebenarnya sudah banyak institut memandu telah dikenakan tindakan digantung operasi. Bukan disebabkan isu kemalangan tetapi tidak mengikut syarat-syarat dan sebagainya," ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang merangka prosedur operasi standard (SOP) sebelum institut memandu dibenar mengendalikan ujian KPP01 berkomputer.

"Cuma ada sedikit kekangan kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta kita agar berhati-hati dalam perubahan dasar ini, namun JPJ sedang melihat bagaimana jika perkara ini boleh dilaksanakan," katanya.

Pada perkembangan sama, Anthony berkata, satu pasukan petugas khas ditubuhkan bagi mengatasi masalah ‘backlog’ atau lambakan calon ujian memandu IM di seluruh negara.

Menurutnya, ratusan ribu calon ujian memandu di institut memandu berada dalam senarai itu berikutan penutupan pengoperasian akibat pandemik Covid-19 sebelum ini.

"Ramai mengadu bahawa mereka terpaksa menunggu lama, jadi saya turut minta Bahagian Darat MOT untuk lihat apa cara untuk percepatkan proses.

"Berikan ruang kepada kementerian dan JPJ untuk cadangkan beberapa langkah dan apabila muktamad, langkah tertentu saya akan umumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Dianggarkan seramai 600,000 calon direkodkan mengikuti kursus dan ujian memandu di institut memandu setiap tahun.