ISLAMABAD - Sepuluh orang terbunuh manakala enam lagi cedera selepas petir melanda sebahagian wilayah timur Punjab di Pakistan pada Ahad.
Insiden itu berlaku di daerah Sheikhupura dan Narowal selepas hujan lebat, lapor Xinhua memetik pertubuhan kerajaan Rescue 1122.
Iklan
Iklan
Menerusi akaun Twitter pada pagi Ahad, Menteri Perubahan Iklim Sherry Rehman berkata, hujan sebelum monsun diramalkan di seluruh negara sehingga 30 Jun yang akan mencetuskan angin kencang, guruh serta hujan lebat di kebanyakan bandar di Punjab.
Beliau berkata, hujan lebat telah menimbulkan kebimbangan banjir di kawasan bandar dan tanah runtuh di kawasan pergunungan.
"Semua institusi tempatan dan pihak yang berkaitan telah diarahkan untuk berwaspada dan pelancong juga diminta lebih berhati-hati.
"Orang ramai diminta menjauhi infrastruktur dan tiang elektrik serta sungai semasa angin kencang dan hujan untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini," kata Rehman. - Bernama-Xinhua