"Kalau rindu, pergilah ke parti pembangkang" - Mohd Hairi

Iklan
Mohd Hairi (kanan) bersama Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Johor selepas Pelancaran Geran Pembangunan Koperasi Johor pada Isnin.

JOHOR BAHRU -"Kalau rindu sebagai pembangkang, pergilah ke parti pembangkang hari ini." Itu respons Timbalan Ketua Pemuda UMNO, Mohd Hairi Mad Shah bagi mengulas kenyataan bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua yang mendakwa (BN) sebagai 'pakatan korup'.

Menurutnya, Tony Pua yang juga bekas Setiausaha Publisiti DAP itu diminta agar tidak membuat kenyataan yang boleh 'mengucar-kacirkan' Kerajaan Perpaduan hari ini.

Iklan
Iklan

"Ketua Pemuda UMNO (Dr Muhammad Akmal Salleh), dah jawab sebenarnya dan saya hormat tetapi saya melihat apa yang dilontarkan Tony Pua buat semua orang tak senang.

"Oleh itu, semua pihak diharap jaga sensitiviti masing-masing, lupa kan sejarah dan 'move forward' serta saling membantu mengukuhkan ekonomi negara," katanya pada sidang akhbar sempena Pelancaran Geran Pembangunan Koperasi Johor pada Isnin.

Iklan

Jumaat lalu, Tony Pua 'tiba-tiba' menggelarkan BN yang kini bersama PH dalam Kerajaan Perpaduan sebagai 'corrupt coalition' atau 'pakatan korup'.

Kenyataan itu disuarakan ketika beliau berucap pada Majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP di pekarangan Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Iklan

Malah, label 'pakatan korup' itu turut diberikan kepada Bersatu yang disifatkan selaku sebuah lagi parti nasionalis Melayu.

Sementara itu, Mohd Hairi berkata, pihaknya menghormati institusi raja-raja yang mahukan agar Kerajaan Perpaduan dibentuk.

"Kita hormat hormat institusi raja-raja dan titah Yang Di-Pertuan Agong agar Kerajaan Perpaduan dibentuk.

"Kita berikan amaran kepada Tony Pua, kalau rindu jadi pembangkang boleh jadi jurucakap mereka (pembangkang), dan banyak lagi 'kekosongan'... pergilah ke sana untuk bagi komen-komen negatif kepada kerajaan dan sebagainya," ujarnya.