Kempen ke arah 'Zero Late Delivery' dilancarkan

Iklan
Mohamad (tengah) pada gimik pelancaran Kempen ke arah 'Zero Late Delivery' di Hotel Raia, Alor Setar pada Isnin.

ALOR SETAR - Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) melancarkan kempen ke arah 'Zero Late Delivery' sebagai solusi baharu dan proaktif menanggani isu kelewatan pembekalan skim baja subsidi untuk dihantar ke Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)

Pertubuhan tersebut sebagai payung bagi rantaian Pertubuhan Peladang yang bernaung di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memikul tanggungjawab memperbaiki sosio-ekonomi para peladang dengan penumpuan kepada peningkatan pendapatan serta memajukan industri pertanian dan keterjaminan negara.

Iklan
Iklan

Menteri KPKM, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, sudah tiba masanya NAFAS menerajui transformasi pergerakan pertubuhan peladang bagi memantapkan setiap perkhidmatan yang ditawarkan kepada rakyat terutamanya kepada peladang.

"Saya percaya NAFAS dapat melaksanakannya kerana pertubuhan ini mempunyai kekuatan dari pelbagai sudut," katanya semasa berucap pada pelancaran Kempen ke arah 'Zero Late Delivery' di Hotel Raia pada Isnin.

Iklan

Hadir sama, Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, Datuk Zamri Yaakob, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, Datuk Mahfuz Omar, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Lembaga Pertubuhan Peladang, Nik Mohd Shaharil Nik Md Hashim dan Pengurus Besar NAFAS, Mohammad Faris Arriffin.

Mohamad bertemu peserta yang hadir pada pelancaran Kempen ke arah 'Zero Late Delivery' di Hotel Raia, Alor Setar pada Isnin.

Mengulas lanjut, Mohamad menjelaskan mengambil maklum semua perkara yang menjadi kekangan serta isu-isu semasa yang melanda NAFAS terutamanya isu kelewatan penerimaan bahan mentah yang diimport dari negara luar.

Iklan

Beliau juga maklum mengenai situasi kewangan NAFAS sekarang yang mana terpaksa menanggung kos penyediaan baja subsidi yang meningkat.

"Perkara tersebut telah diangkat ke peringkat Kementerian dan KPKM telah pun memohon dengan Kementerian Kewangan berkenaan pelarasan harga VOP (syarat perubahan harga) bagi skim baja subsidi. InsyaAllah semuanya akan selesai dalam masa terdekat.

"Saya yakin NAFAS dengan barisan kepimpinan PPN dan PPK dapat sama-sama menggalas amanah yang diberikan dengan baik dan terus membina pergerakan Pertubuhan Peladang yang berdaya saing di peringkat global berasaskan penyertaan peladang yang efektif," ujar beliau lagi.

Empat elemen utama menjayakan kempen ke arah 'Zero Late Delivery' iaitu memastikan stok bahan mentah tersedia bagi membolehkan kilang membuat baja sebatian dan memastikan kilang beroperasi membuat baja bagi membolehkan stok baja tersedia untuk dihantar ke PPK.

Dua lagi elemen adalah memastikan pengangkutan tersedia untuk menghantar baja dan meningkatkan kecekapan pengurusan dokumentasi bagi memastikan aliran tunai berkeupayaan menampung pembelian bahan mentah, pembuatan dan penghantaran baja.