Ara Johari lapor polis, trauma tangan dicium 'peminat'

Iklan
Ara Johari

PENYANYI, Ara Johari berdepan detik cemas apabila didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali cuba melakukan gangguan seksual terhadapnya selepas selesai mengadakan persembahan di Dataran Nilai, Negeri Sembilan pada Ahad.

Ara atau nama penuhnya Nurfarrah Izzatie Johari, 26, menjelaskan, insiden tersebut berlaku ketika dia sedang berehat bersama pengurus dan keluarganya di sebuah bilik yang disediakan pihak penganjur.

Iklan
Iklan

"Lelaki itu datang dekat saya, ingatkan dia nak ‘fist bum’, jadi saya pun bagilah ‘fist bum’ juga. Tapi ternyata dugaanku salah, dia terus tarik tangan nak salam lepastu genggam kuat-kuat dan dicium tangan saya dua kali.

"Tapi salah kau nak lari masa ramai orang di sekeliling. Saya jerit panggil lepastu pengurus dan beberapa orang awam kejar tetapi dia larikan diri,” kongsinya menerusi Instagram Story pada Isnin.

Iklan

Rentetan itu, pelantun lagu Warkah Untukku itu membuat laporan polis di Nilai pada pukul 12 tengah malam Isnin.

Dalam pada itu Ara berkata, pada mulanya dia menyangka lelaki berkenaan merupakan peminat yang sekadar mahu bergambar bersama.

Iklan

Jelas Ara, dia tidak menolak permintaan peminat untuk bergambar mahupun bersalaman dengannya.

"Pengajarannya, wanita di luar sana tolong lebih berhati-hati terutamanya 'public figure' sebab tidak tahu apa niat mereka terhadal kita.

"Kalau ya pun minat artis, jangan sampai melampau batas," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malek Hasim dilaporkan berkata, mangsa telah didatangi suspek yang meminta kebenaran untuk berswafoto dengannya.

"Mangsa telah memberi kebenaran dan setelah selesai swafoto, lelaki tersebut telah menarik serta menggenggam tangan dan seterusnya mencium tangannya.

"Terkejut dengan tindakan lelaki itu, mangsa terus menjerit dan suspek kemudiannya melarikan diri," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Bagaimanapun katanya, suspek berjaya ditangkap oleh pihak penganjur dan telah diserahkan kepada anggota polis yang bertugas di festival terbabit.