Kerajaan negeri ubah persepsi, pembalakan bukan keutamaan jana hasil

Iklan
Nik Nazmi ketika bercakap pada program Town Hall Rakyat yang dihoskanoleh Azhar Sulaiman di Auditorium Sinar Harian hari ini. - Foto Sinar Harian /Asril Aswandi Shukor.

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Banyak kerajaan negeri sudah mula ubah persepsi bahawa pembalakan ini tidak lagi dilihat sebagai satu keutamaan dalam menjana hasil.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kerajaan negeri sebaliknya melihat kepada cara lain untuk memastikan hutan sedia ada boleh dipelihara, malah boleh ditambah baik lagi pada masa akan datang.

Iklan
Iklan

"Kalau sebelum ini kerajaan negeri bila tengok hutan, mereka kata tebang hutan ini adalah cara terbaik untuk dapatkan hasil, tetapi kita nak tukar persepsi bahawa bergerak ke hadapan sebenarnya memelihara hutan (dapat menjana hasil).

"Ini antara kunci bila melihat bukan balak itu sebagai hasil tetapi hutan dalam keadaan sedia ada ini sebagai hasil.

Iklan

"Itu kunci untuk kita mengelak permasalahan pembalakan haram dan sebagainya yang menjadi satu belenggu untuk seluruh negara sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Program Town Hall Rakyat yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Isnin.

Iklan

Nik Nazmi menjadi tetamu kelima dalam program yang dihoskan Azhar Sulaiman.

Dalam pada itu, ujar Nik Nazmi, menjadi tugas Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) untuk menekankan kepada kerajaan negeri akan kepentingan hutan-hutan sedia ada di negara ini.

"Kita antara negara yang 12 paling ‘biodiverse’ di dunia. Kita punya hutan ini memang sangat kaya.

"Bagi saya, ini tugas kami di peringkat NRECC, dalam sesi libat urus dengan kerajaan negeri, kami cuba tekankan bahawa kita kena memandang ke hadapan,” ujarnya.