Muda tanding solo: Terlalu awal untuk respon - Nik Nazmi

Iklan
Nik Nazmi ketika ditemui media selepas Program Town Hall Rakyat yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Isnin.

SHAH ALAM - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata terlalu awal untuk beliau mengulas berhubung keputusan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) untuk ‘bertarung’ solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ujar beliau, ia berikutan keputusan dinyatakan Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu baru sahaja diumumkan pada pagi Isnin.

Iklan
Iklan

"Saya belum berbincang lagi dengan kepimpinan parti, kami ada mesyuarat biro politik dan juga Majlis Pimpinan Pusat.

"Pengumuman dibuat oleh Muda baru hari ini (diumumkan), jadi terlalu awal untuk saya beri respon,” katanya kepada media selepas Program Town Hall Rakyat yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Isnin.

Iklan

Pada Isnin, Syed Saddiq mengumumkan bahawa Muda sedia ‘bertarung’ solo di enam negeri pada PRN akan datang.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat memandangkan situasi dua blok politik utama di negara yang dilihat tidak mencukupi.

Iklan