Lebih 30 minit pujuk kuda terlepas

Iklan
Anggota APM, Rosdi Majid berjaya mengendalikan seekor kuda jantan yang memasuki kawasan rumah penduduk di Halaman Meru Permai, Meru Raya pada Isnin. - Foto ihsan APM

IPOH - Angkatan Pertahanan Awan Malaysia (APM) Perak mengambil masa lebih 30 minit untuk menjinakkan seekor kuda yang berkeliaran di Halaman Meru Permai, Meru Raya, di sini pada Isnin.

Difahamkan, kuda jantan terbabit terlepas dari kandangnya di Chepor Dalam yang terletak kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Pegawai Pertahanan Awan Daerah Kinta, Norazlan Turiman berkata, seramai empat anggota digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan sekitar jam 7. 24 pagi.

"Setiba di lokasi, kuda berkenaan telah memasuki halaman salah sebuah rumah penduduk.

Iklan

"Seorang anggota yang mempunyai pengalaman mengawal kuda berjaya memujuk secara manual dengan mengikat tali pada haiwan terbabit," katanya di sini.

Menurut beliau, kuda terbabit berjaya diserahkan semula kepada pemiliknya.

Iklan