PRN: Gerak solo Muda dan masa hadapan Anwar pada Ogos

Iklan
Anwar, Syed Saddiq

Pengumuman Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) bahawa parti tersebut akan bergerak secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) membuka satu anjakan paradigma dalam arus politik nasional kini.

Menurut presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, keputusan itu adalah disebabkan keadaan dua blok politik utama di negara iaitu Pakatan Harapan (PH) - Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang dilihat tidak dapat memenuhi aspirasi negara.

Iklan
Iklan

Jelas Ahli Parlimen Muar itu, ia ditambah dengan permainan sentimen yang sering ditimbulkan oleh mereka.

Oleh itu, beliau berpandangan PRN yang akan datang ini merupakan satu ‘wake-up call’ kepada negara.

Iklan

Di sini, terdapat beberapa persoalan yang harus ditelusuri dan diperhatikan.

Adakah kemasukan Muda akan memberi kesan kepada pentadbiran Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat?

Iklan

Umum mengetahui, meskipun tidak bersama-sama dalam satu koalisi dengan PH-BN, namun parti tersebut terlibat memberikan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, adakah pertembungan Muda dalam PRN dengan parti Kerajaan Perpaduan kali ini merupakan isyarat penentangan terhadap Anwar akibat ketidakpuasan hati secara ‘terhormat’?

Seperti yang dilihat sebelum ini, terdapat banyak komentar Syed Saddiq yang dilihat menimbulkan kontroversi dan mengundang ketegangan terutama kepada parti dalam PH.

Mungkinkah, spekulasi menjatuhkan Anwar sebagai Perdana Menteri menjelang Ogos ini mendapat kerjasama Muda?

Plot politik nasional masih terus berjalan dengan adegan twist tidak terjangkau.