Lebih 2 juta jemaah tunaikan ibadah haji

Iklan
Seramai lebih dua juta jemaah seluruh dunia menunaikan ibadah haji tahun ini.

MAKKAH - Seramai lebih dua juta jemaah seluruh dunia menunaikan ibadah haji tahun ini.

Ini menjadi ziarah terbesar sejak pihak berkuasa Arab Saudi melaksanakan langkah pengurangan jumlah jemaah menunaikan ibadah itu kerana sekatan pandemik Covid-19.

Iklan
Iklan

Kira-kira 24,000 bas tersedia untuk membawa jemaah, tidak termasuk 17 kereta api yang membawa 72,000 penumpang setiap jam.

Umat Islam melakukan ibadah haji ke Makkah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup, jika mereka mampu.

Iklan

Kerajaan Arab Saudi sudah mengumumkan hari wukuf pada Selasa ini, manakala Aidiladha disambut pada Rabu.

Haji dan umrah menjana ekonomi kira-kira AS$12 bilion setahun kepada Arab Saudi. - Awani

Iklan