KUMPULAN syarikat Breakthrough Energy Ventures (BEV), yang disokong oleh Bill Gates, Jack Ma dan Jeff Bezos, baru-baru ini mengumumkan pelaburan AS$200 juta untuk KoBold Metals.
KoBold merupakan perintis dalam penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan kecekapan aktiviti perlombongan bahan penghasilan bateri, seperti litium, nikel, kobalt, dan kuprum.
Iklan
Iklan
Teknologi AI yang digunakan KoBold membolehkan perlombongan sumber nadir bumi dibuat secara lebih mampan, dengan membolehkan lokasi endapan logam dibuat secara lebih tepat.
Langkah ini akan membantu mengurangkan masa dan kos penerokaan kawasan pelombongan.
KoBold juga mengumumkan akan terlibat dengan 60 projek di seluruh dunia menerusi bekerjasama dengan syarikat-syarikat perlombongan.