Gundogan 'bawa diri' ke Sepanyol

Iklan
Gundogan. Foto Agensi

KAPTEN Manchester City, Ilkay Gundogan 'membawa diri' dari England ke Sepanyol untuk menyertai Barcelona secara percuma.

Kelab Catalan tersebut memaklumkan bahawa pemain tengah itu bersetuju dengan kontrak dua tahun dan pilihan lanjutan selain klausa pembebasan 400 juta euro (RM2 bilion).

Iklan
Iklan

"Bijak membaca perlawanan yang menjadikan dia antara pemain tengah terbaik sejak beberapa tahun lalu," kata Barcelona dalam kenyataan pada Isnin.

Gundogan muncul pemain berpengaruh dalam skuad Pep Guardiola City sejak menyertai kelab berkenaan pada 2016.

Iklan

Pemain antarabangsa Jerman itu membantu The Citizens meraih gelaran treble musim ini.

Dia menjaringkan dua gol pada final Piala FA ketika menewaskan Manchester United dan Guardiola mengakui City cuba memperbaharui kontraknya.

Iklan

"Kelab ini membolehkan saya merealisasikan impian. Saya berterima kasih dengan peluang yang diberikan ini.

"Saya akan sentiasa membawa City dalam hati saya. Sekali biru, selalunya biru," ujar Gundogan menerusi laman web City.