Kutip tiga mata, Sabah masih tidak selesa

Iklan
Saddil (dua dari kiri) memeluk rakan sepasukan meraikan jaringan gol pertama diperoleh ketika bertemu Kelantan United di Kota Bharu.

MASIH banyak yang perlu diperbaiki oleh Sabah FC meskipun mengutip tiga mata ke atas Kelantan United FC dalam aksi Liga Super 2023 di sini pada Sabtu.

Penolong Ketua Jurulatih Sabah FC, Rastislav Bozik berkata, banyak perkara perlu dianalisis termasuk keputusan perlawanan yang mencatatkan 3-0.

Iklan
Iklan

"Pemain-pemain bermain tidak seperti kebiasaan, tetapi menunjukkan pretasi yang bagus sehingga memenangi perlawanan,” ujarnya pada sidang akhbar di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini.

BOZIK

Tambah Bozik, permulaan permainan tidak begitu baik namun pasukan menunjukkan peningkatan pada babak kedua.

Iklan

"Kita perlu juga memikirkan taktikal seterusnya apabila Kapten Baddrol Bakhtiar terlepas aksi bertemu Perak kerana menerima kad kuning ketiga pada perlawanan malam tadi," katanya.

Mengulas prestasi pemain jersi 67, Saddil Ramdani, menurutnya, kehadiran import Indonesia itu menunjukkan prestasi bagus selepas pulih daripada kecederaan.

Iklan

"Permulaan baik untuk Saddil yang memperlihatkan dia sudah kembali pulih sepenuhnya.

"Dia juga nampak gembira apabila dapat beraksi dalam masa penuh 90 minit perlawaan,” ujar Bozik.

Sabah setakat ini berada di tangga kelima liga selepas lapan kemenangan, tiga seri dan empat kekalahan.