Syeikh Zainul Asri mohon maaf

Iklan
Syeikh Zainul Asri

SHAH ALAM - Bekas Timbalan Ketua Dewan Ulamak Pas Kedah, Syeikh Zainul Asri Mohd Romli membuat permohonan maaf berhubung ucapannya semasa Himpunan Kedah Berselawat pada Sabtu lalu.

Ujar beliau, meskipun ucapan tersebut tidak ditujukan kepada mana-mana pihak, namun ia telah disalah tafsir.

Iklan
Iklan

"Saya memohon maaf tidak terhingga kepada muslimin dan muslimat serta seluruh rakyat Malaysia yang tersinggung dan tersentuh terhadap ucapan berbangkit.

"Saya tidak menyasarkan ucapan berkenaan kepada mana-mana pihak atau menujukan kepada mana-mana politik atau siapa sahaja,” katanya dalam satu video berdurasi tiga minit lebih di Twitter pada Selasa.

Iklan

Orang ramai dikecohkan dengan ucapan Syeikh Zainul Asri yang menyebut semoga ALLAH mempertahankan Kedah daripada jatuh ke tangan musuh ALLAH.

Susulan daripada hal tersebut, satu laporan polis telah dibuat Pakatan Harapan (PH) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Isnin.

Iklan

Menurut Ketua Biro Mobilisasi Pusat Media PH, Muhammad Yahaya, ungkapan berbaur propaganda berkenaan seolah-olah menggambarkan hanya Pas dan Perikatan Nasional bersama ALLAH manakala parti yang lain adalah musuh ALLAH.

Jelas beliau, ucapan berkenaan yang dibuat ketika negeri berkenaan sedang bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya negeri dilihat amat tidak sihat dan boleh menyemai perasaan benci dan ekstremisme kepada rakyat.