HANOI - Thailand dan Myanmar pada Isnin memusnahkan dadah haram yang dirampas di negara masing-masing bernilai AS$600 juta dan AS$446 juta, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah Thailand, dadah itu termasuk 27 tan amfetamin, 5 tan katinon, 275 kilogram (kg) heroin, 43 kg kokain dan 6 kg candu yang dirampas dalam 192 kes berbeza.
Iklan
Iklan
Dadah itu dibakar mengikut garis panduan Agensi Perlindungan Alam Sekitar AS untuk memastikan tiada bahan berbahaya atau produk sampingan dilepaskan ke alam sekitar, kata pentadbiran.
Di Myanmar, pembakaran dadah haram diadakan di Yangon, Mandalay, dan Taunggyi bertepatan Hari Antarabangsa PBB Menentang Penyalahgunaan Dadah dan Pemerdagangan Haram.
Tahun lalu, pihak berkuasa memusnahkan lebih AS$642 juta dadah yang dirampas. - Bernama
Artikel Berkaitan