Bahas isu masalah jururawat, bukan pemakaian ketat - Lam Thye

Iklan
LEE LAM THYE

SHAH ALAM - Nisbah jururawat di Malaysia ialah 1:300 berbanding dengan 1:113 orang di negara maju membuktikan negara masih jauh ketinggalan ke belakang.

Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, sepatutnya isu sebegini yang harus dipandang apabila membahaskan tentang masalah jururawat bukannya pemakaian ketat.

Iklan
Iklan

Katanya, bebanan kerja yang semakin menyesakkan serta menjadikan jadual mereka lebih ketat daripada sekadar pakaian.

"Sudah memasuki tahun 2023, ketika anak-anak dididik untuk tidak menilai buku dari lapiknya, tidak menilai manusia dari luarannya, masih ada manusia yang diangkat sebagai ahli Parlimen, menilai status kesihatan Malaysia daripada pakaian jururawatnya.

Iklan

"Entah bagaimana pemakaian jururawat itu boleh memberi impak terhadap keadaan kesihatan di negara ini," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Sebelum ini, Wan Razali Wan Nor (PN-Kuantan) mempersoalkan etika pemakaian jururawat wanita di klinik dan hospital kerajaan yang didakwanya terlalu ketat dan tidak mematuhi syariah.

Iklan

Berucap semasa membahaskan usul Kertas Putih Kesihatan di Dewan Rakyat katanya, ramai jururawat wanita yang berkhidmat di fasiliti kesihatan kerajaan berpakaian ketat mengikut acuan Barat hingga menampakkan bentuk badan dan tidak selari dengan tuntutan Islam.

Sehubungan itu, Wan Razali menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneliti semula etika pemakaian jururawat wanita, termasuk mempertimbangkan keperluan memberi kelonggaran kepada pihak klinik dan hospital menentukan etika berpakaian yang sesuai.

Tambah Lam Thye, jururawat adalah tulang belakang sistem kesihatan negara memandangkan mereka merupakan sekumpulan besar kekuatan kesihatan di mana-mana institusi kesihatan di Malaysia.

"Jururawat di Malaysia harus diberikan tumpuan terhadap aspek kebajikan dan kenaikan pangkat. Ini perlu diberikan pertimbangan sewajarnya bagi menjadikan jururawat di Malaysia lebih berdedikasi dalam memberi khidmat kepada rakyat.

"Saya berharap pihak menteri lebih peka tentang isu sebenar yang melibatkan masalah rakyat bukan tentang isu melapik tubuh badan. Kadang kala,berbaju seragam biasa, lebih diperlukan daripada mereka bersut dan kemeja," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Isu pakaian jururawat bukti Pas masih kekal stereotaip lama - KJ

Majoriti berpendapat pakaian jururawat 'biasa jer'

KKM harap isu pakaian jururawat tidak terus diperbesar

Isu pakaian jururawat tak wajar diperbesar - Cuepacs