Hilang projek punca keluar Umno?

Iklan
Umno

KUALA LUMPUR - Bekas Panel Pemikir Jasa, Tun Faisal Ismail Aziz menyenaraikan tiga sebab utama Ahli Parlimen Umno meninggalkan parti dan mendakwa ia bukanlah kerana mereka bimbang dengan hala tuju parti.

Menurutnya, isu hala tuju tidak perlu timbul kerana Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menjelaskannya semasa Perhimpunan Agung Umno 2018 baru-baru ini, lengkap dengan tujuh teras dan 21 langkah.

Iklan
Iklan

Justeru, Tun Faisal merasakan sebab utama mereka lompat adalah kerana hilang punca pendapatan, tiada lagi menerima peruntukan dan tidak mahu didakwa kerajaan baru.

"Kenapa begitu terdesak? Berdasarkan pemerhatian, Ahli Parlimen dan Ketua-ketua Bahagian tertentu ini keluar parti atas tiga sebab utama.

Iklan

"Pertama, hilang punca pendapatan terutama bagi mereka yang mengharapkan projek kerajaan. Kedua, tiada peruntukan untuk menjaga kawasa.

"Ketiga, tidak mahu didakwa oleh kerajaan PH yang menggunakan SPRM, polis, Peguam Negara dan LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri),” katanya dalam laman Facebook beliau, hari ini.

Iklan

Tambah beliau, jika mereka (Ahli Parlimen lompat) bersama dengan kerajaan, pastinya tiga masalah itu tidak lagi menghantui mereka.

"Faktor-faktor ini menjadikan mereka terdesak dan keluar parti sedangkan pemimpin lapisan kedua, ketiga dan ahli-ahli biasa Umno yang tiada tiga masalah ini tidak terdesak meninggalkan parti,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan agar Bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bertanding jawatan Presiden Umno jika ada pertandingan pada masa akan datang.

"Lebih mudah untuk ahli-ahli memberi wala kepadanya sebagai presiden parti berbanding sekarang ini.

"Tak perlu kelam kabut membuat pemilihan yang baru melainkan calon presiden benar-benar mampu menyelesaikan masalah Umno hari ini,” katanya.