Persiapan akhir ternakan ibadah korban

Iklan
Penternak Mohd Syahbudin Awang, 35, memantau keadaan lembu yang ditempah agar dalam keadaan sihat untuk ibadah korban sebagai persiapan akhir sebelum dihantar kepada pembeli ketika tinjauan di Kampung Bendang Luas hari ini.
Ibadah korban dilakukan sempena sambutan Aidiladha atau Hari Raya Haji yang diraikan oleh umat Islam seluruh dunia pada Khamis ini.

Kebiasaannya, masjid dan rumah sembelihan akan mula menyembelih haiwan korban pada pagi raya selepas selesai solat sunat Aidiladha.