Pejabat JSJ IPK Perak terbakar

Iklan
Foto: Bomba Perak Operasi pemadaman dijalankan anggota bomba. Gambar kanan: Pejabat operasi JSJ IPK Perak terbakar pada Selasa. Foto: Bomba Perak

IPOH - Pejabat operasi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini terbakar pada Selasa.

Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh pada jam 3.14 petang.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kebakaran berlaku di tingkat dua bangunan melibatkan 40 peratus kemusnahan.

"Operasi pemadaman dilakukan dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela Pekan Baru," katanya dalam kenyataan di sini.

Iklan

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri memaklumkan, kebakaran tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan serius.

"Tidak serius dan telah berjaya dipadamkan," katanya.

Iklan