Dua cedera, PEDi Felda Palong 11 rosak teruk akibat ribut

Iklan
Keadaan kerosakan PEDi Felda Palong 11 akibat ribut pada petang Ahad. FOTO: MCMC

JEMPOL- Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Palong 11 di sini yang dikendalikan oleh Telekom Malaysia mengalami kerosakan teruk susulan bencana ribut di kawasan berkenaan pada petang Ahad.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataannya berkata, hasil tinjauan yang dijalankan mendapati struktur bangunan, atap, siling, lantai dan kelengkapan perkakasan serta perisian dalam bangunan berkenaan mengalami kerosakan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, MCMC amat bersimpati dengan musibah yang melanda dan berharap agar individu yang terkesan tabah menghadapi dugaan tersebut.

"Terdapat 15 individu termasuk petugas dan komuniti PEDi berada di lokasi untuk menjalani kelas latihan kemahiran ketika kejadian, 13 daripada mereka tidak mengalami kecederaan," katanya pada Selasa.

Iklan

Dalam pada itu katanya, Telekom Malaysia telah diarahkan untuk memberi laporan penuh mengenai kerosakan akibat bencana itu kepada MCMC.

"Kerja baik pulih akan dijalankan segera apabila nilai kerosakan PEDi berkenaan dapat dikenal pasti.

Iklan

"Justeru, PEDi Felda Palong 11 ditutup sementara waktu manakala komuniti setempat yang ingin menggunakan perkhidmatan internet boleh berbuat demikian di PEDi Felda Palong 5 berhampiran," katanya.