Muda diminta pertimbang semula keputusan bertanding solo

Iklan
Shamsul Iskandar (dua dari kanan) menyampaikan kad simbolik penyerahan lembu korban kepada Pengerusi Masjid Al-Amaniyyah, Sukiman Jalil (dua dari kiri) pada program Penyerahan Lembu Korban Parlimen Tambun sempena Hari Raya Aidiladha.

IPOH- Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) diminta untuk pertimbangkan semula keputusan untuk bergerak secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang.

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin berkata, keputusan awal yang dibuat parti berkenaan perlu dihormati oleh semua kepimpinan.

Iklan
Iklan

"Namun saya harap Presiden Muda akan mempertimbangkan keputusan itu kerana Muda adalah sebahagian daripada parti yang mendukung Kerajaan Perpaduan.

"Muda ingin bertanding di semua PRN sebab itu kita minta kerana Kerajaan Perpaduan juga akan bertanding dalam PRN ini," katanya selepas menyempurnakan program Penyerahan Lembu Korban Parlimen Tambun sempena Hari Raya Aidiladha di Kompleks Pendidikan Baitul Ridzuan-MAPIM di Manjoi, di sini pada Selasa.

Iklan

Media pada Isnin melaporkan Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abd Rahman memutuskan partinya akan bergerak solo pada PRN kali ini sekali gus membuka satu anjakan paradigma dalam arus politik nasional kini.

Keputusan itu membuatkan Muda akan bertembung dengan PH dan BN serta Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai oleh Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).

Iklan

Susulan itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Muar membuat ketetapan memutuskan sebarang bentuk kerjasama dengan Muda bagi Parlimen Muar.