KUALA LUMPUR - Keputusan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam tahun 2023 bagi murid lepasan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 akan diumumkan pada 3 Julai ini (Isnin) menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
KPM dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan semakan keputusan tawaran dan pendaftaran itu boleh dilakukan secara dalam talian menerusi pautan https://sst6.moe.gov.my/, manakala murid yang tidak mempunyai capaian Internet, boleh menyemak keputusan di sekolah asal masing-masing.