Jangan pandang remeh suara Melayu, Islam: Noraini

Iklan
Noraini (dua kanan) bersama peserta wanita lain yang turut serta dalam Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam di Kuala Lumpur hari ini.

SHAH ALAM - Wanita UMNO menyifatkan Himpunan Pertahanan Kedaulatan Islam yang diadakan hari ini adalah cerminan bahawa Pakatan Harapan (PH) tidak boleh memandang remeh suara dan nurani umat Islam di mana bangsa Melayu sebagai kaum teras di negara ini.

Ketuanya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, himpunan yang berlangsung di Kuala Lumpur itu juga turut membuktikan semangat orang Melayu dan Islam yang mahu bangkit mempertahankan hak istimewa, kedaulatan raja-raja dan agama Islam.

Iklan
Iklan

"Himpunan ini juga turut menyerlahkan lagi jati diri Melayu, Islam apabila peserta tidak berganjak meninggalkan perhimpunan meskipun hujan lebat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong, himpunan itu juga turut disifatkan sebagai terbaik, apabila peserta berjaya memelihara disiplin dan adab tinggi selain kerjasama baik oleh pihak berkuasa.

Iklan

"Peserta juga berjaya memberi komitmen yang sangat baik apabila himpunan ini berlangsung aman tanpa unsur provokasi selain objektifnya menyatukan umat Islam," katanya.

Terdahulu, lebih 3,000 berkumpul di hadapan pusat membeli belah Sogo di sini hari ini bagi menjayakan Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam.

Iklan

Penganjur yang juga Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Kamaruzaman Mohamad berkata, himpunan itu diadakan bagi menyatakan kekesalan susulan beberapa insiden yang menghina Islam, Melayu dan kedaulatan Perlembagaan.