KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula esok hingga 2 Julai sempena perayaan Hari Raya Aidiladha.
JSPT dalam kenyataan malam Selasa memaklumkan operasi berkenaan adalah bagi memastikan aliran trafik bergerak dengan baik di seluruh negara.