Pengawal keselamatan simpan dadah dalam rumah

Iklan
Dadah jenis heroin yang dirampas daripada suspek.

BUTTEWORTH - Gerak geri mencurigakan seorang lelaki akhirnya terjawab apabila dia sebenarnya menyimpan sejumlah dadah di dalam rumah dalam satu serbuan dilakukan polis di Lorong Widuri, awal pagi semalam.

Dalam serbuan yang dilakukan jam 1 pagi itu, polis menemui 22 gram dadah jenis heroin dan menahan lelaki berusia 44 tahun dan bekerja ssbagai pengawal keselamatan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, hasil siasatan awal mendapati dadah yang dirampas adalah untuk kegunaan sendiri.

Menurutnya, nilai keseluruhan barang yang dirampas dianggarkan bernilai RM880 dan ujian saringan air kencing yang dilakukan mendapati suspek positif dadah morfin dan methamphetamin.

Iklan

"Suspek akan ditahan reman selama tujuh hari bermula 4 hingga 10 Mei untuk siasatan lanjut.

"Kes tersebut disiasat di bawah Sesyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Sek 15(1)(a) akta yang sama," katanya.

Iklan

Noorzainy berkata, pihak polis akan sentiasa mengambil tindakan serta menjalankan operasi narkotik yang berterusan secara agresif ke atas pengedar-pengedar dadah yang berada di daerah ini.