Anggota polis cedera lori rempuh pagar IPD Tapah

Iklan
Lori kontena terbalik selepas merempuh pagar utama dan pos pengawal IPD Tapah dalam kejadian kira-kira jam 1.25 pagi di sini pada Khamis.

TAPAH - [DIKEMASKINI] Seorang anggota polis cedera ketika bertugas selepas sebuah lori kontena merempuh pagar dan pos pengawal Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.25 pagi itu menyebabkan Lans Koperal Jovie a/l Jihom, 23, terperangkap di dalam pos pengawal itu sebelum dikeluarkan oleh pasukan penyelamat.

Iklan
Iklan

Katanya, anggota tersebut yang mengalami kecederaan di bahagian muka dan tangan sebelah kiri dihantar ke Hospital Tapah untuk rawatan lanjut.

"Ketika kejadian, lori kontena muatan kerusi permainan itu dalam perjalanan ke Ipoh dari Kuala Lumpur sebelum terbabas dan merempuh pagar utama serta pos pengawal.

Iklan

"Lori tersebut kemudiannya terbalik manakala pemandu lori kontena itu hanya mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Bahagian Narkotik IPD Tapah untuk menjalani ujian air kencing," katanya kepada dalam satu kenyataan pada Khamis.

Wan Azharuddin berkata, rempuhan itu juga turut menyebabkan dua motosikal dan sebuah Land Rover polis rosak.

Iklan

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pemandu lori akan direman untuk membantu siasatan.