Lebih 1.8 juta jemaah direkodkan bagi musim haji 2023

Iklan
Jemaah haji berada di bumi Arafah bagi mengerjakan ibadat haji pada tahun 1444H/2023M. - Foto Bernama

MAKKAH - Perhitungan Jabatan Perangkaan Am Arab Saudi menunjukkan jumlah jemaah haji bagi musim kali ini mencecah 1,845,045 jemaah, termasuk 184,130 jemaah domestik.

"Daripada jumlah itu, seramai 1,660,915 merupakan jemaah antarabangsa yang tiba dari lebih 150 negara," lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Iklan
Iklan

Jemaah antarabangsa dari negara-negara Asia dilaporkan paling ramai mewakili 63.5 peratus atau 1,056,317 jemaah diikuti negara-negara Arab (21 peratus: 346,214), Afrika (13.4 peratus: 221,863) dan Barat termasuk Eropah, Amerika dan Australia serta lain-lain negara yang tiada kategori (2.1 peratus: 36,521).

Menurut jabatan itu, seramai 1,593,271 jemaah tiba melalui lapangan terbang termasuk 242,272 di bawah inisiatif"Makkah Route".

Iklan

Jumlah ketibaan melalui jalan darat pula seramai 60,813 jemaah, manakala 6,831 jemaah tiba melalui pelabuhan laut. - Bernama

Iklan