Calon Sungai Kandis: Tengku Zafrul serah pucuk pimpinan

Iklan
Tengku Zafrul

SHAH ALAM - Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyerahkan kebijaksanaan pucuk pimpinan menentukan calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

Tengku Zafrul berkata, hasrat UMNO Kota Raja yang mahu beliau diketengahkan sebagai calon di PRN Selangor di salah satu kerusi DUN di Parlimen itu amat dihargai.

Iklan
Iklan

"Fokus UMNO Bahagian Kota Raja sekarang adalah untuk memperkemaskan gerak kerja supaya kita mampu menyumbang kejayaan calon yang disokong parti," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan, UMNO Bahagian Kota Raja berharap Tengku Zafrul diketengahkan sebagai calon DUN Sungai Kandis bagi PRN kali ini.

Iklan

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Abdul Raof Mokhtar berkata, Tengku Zafrul merupakan pemimpin berdedikasi, berintegriti, dan berpengalaman dalam bidang pentadbiran.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), DUN Sungai Kandis dimenangi Mat Shuhaimi Shafiei dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Iklan

Bagaimanapun kerusi itu kosong berikutan Mat Shuhaimi meninggal dunia dan diadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos 2018.

Calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni meraih 15,427 undi bagi memenangi kerusi itu dengan majoriti 5,842 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam, yang mendapat 9,585 undi dan calon Bebas, K Murthy (97 undi).