PRN: Calon, pengundi elak sikap kebudak-budakan - Mufti Kelantan

Iklan
Mohamad Shukri (tiga dari kanan) bersama peserta melaksanakan sunat sujud tilawah pada majlis Arafah #QuranHour 1444H Tema: "Syukur Membina Takwa" di Masjid Sultan Muhammad II, Telipot, Kota Bharu pada Rabu.

KOTA BHARU - Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menasihatkan semua calon termasuk pengundi agar tidak mempamerkan sikap kebudak-budakan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Beliau berkata, sikap itu perlu dihindari bagi mengelakkan berlakunya perbalahan dan perpecahan yang melibatkan seluruh peringkat masyarakat.

Iklan
Iklan

"Kita sudah menempuh beberapa kali pilihan raya. Orang kata pilihan raya banyak kali sepatutnya mendewasakan kita.

Sebelum itu, beliau merasmikan Arafah #QuranHour 1444H Tema:"Syukur Membina Takwa" di Masjid Sultan Muhammad II, Telipot dekat sini pada Rabu.

Iklan

Seramai 700 peserta menjayakan program yang dianjurkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF).

Mohamad Shukri berkata, semua calon dan jentera kempen mahupun masyarakat (pengundi) khususnya umat Islam perlu menjaga adab sebagaimana yang telah disyariatkan oleh agama.

Iklan

Menurutnya, pilihan raya adalah untuk memilih pemimpin, ertinya hendak perkenalkan perkara kebaikan untuk negara dan masyarakat.

"Jangan pula kita hendak menempa kebaikan, kemajuan tetapi tiba-tiba melakukan perkara yang bercanggah dengan keperluan kebaikan itu," ujarnya.