TMJ 'muncul' di Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam

Iklan
Wajah TMJ turut dipaparkan dalam poster yang dibawa peserta Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam di Kuala Lumpur hari ini. - Foto ZAHID IZZANI

KUALA LUMPUR - 'Kemunculan' Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam di sini hari ini antara yang mendapat perhatian ramai.

Bagaimanapun, Tunku Ismail bukanlah hadir secara fizikal sebaliknya wajah baginda dipaparkan dalam beberapa poster yang dibawa peserta himpunan.

Iklan
Iklan

Antara perkataan yang tertera pada poster ialah 'Raja dan rakyat berpisah tiada', 'TMJ teruskan perjuangan' dan 'TMJ = Rakyat'.

Dipercayai, poster itu adalah bagi menyatakan sokongan kepada TMJ yang lantang bersuara dan mengkritik kerajaan.

Iklan

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ketika berucap di himpunan tersebut turut menyatakan penghargaan kepada TMJ yang membongkar usaha kerajaan untuk meratifikasi Statut Rom.

"Tanpa TMJ, kita mungkin tak tahu Majlis Raja-raja ditipu oleh Tommy Thomas (Peguam Negara)," katanya.

Iklan

Sebelum ini, TMJ mendedahkan Majlis Raja-raja tidak dirujuk sebelum kerajaan membuat keputusan untuk menandatangani Statut Rom.

Selain Statut Rom, hubungan Istana Johor dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan kerajaan PH agak tegang dalam isu pelantikan Menteri Besar Johor dan Sistem Transit Aliran Johor–Singapura (RTS).