Ajinomoto teruskan inisiatif kesedaran Makan Sihat, Hidup Aktif

Iklan
Ajinomoto teruskan inisiatif tingkat kesedaran kepada rakyat Malaysia dengan Makan Sihat, Hidup Aktif sempena Bulan Nutrisi Malaysia (NMM) 2023 yang berlangsung baru-baru ini.

KUALA LUMPUR - Ajinomoto (M) Berhad (AMB) meneruskan inisiatif untuk meningkatkan kesedaran kepada rakyat Malaysia dengan Makan Sihat, Hidup Aktif sempena Bulan Nutrisi Malaysia (NMM) 2023.

Program berkenaan kembali secara fizikal bermula 22 hingga 25 Jun lalu di Sunway Velocity Mall di Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

Dalam satu kenyataan, AMB berkata, pihaknya sekali lagi memainkan peranan sebagai penaja utama bagi NMM 2023, menandakan penglibatan kelima berturut-turut dalam program yang dinanti-nantikan itu.

"Sepanjang program berkenaan, pihak kami menyasarkan untuk mendidik orang ramai mengenai gaya hidup yang lebih sihat dengan menggalakkan pengurangan penggunaan garam dan menggunakan Perencah Umami AJI-NO-MOTO®,” katanya pada Rabu.

Iklan

Menurutnya, produk tersebut mampu mengurangkan pengambilan sodium sehingga 40 peratus dengan mengekalkan kelazatan makanan.

Sekitar pelancaran Makan Sihat, Hidup Aktif sempena Bulan Nutrisi Malaysia (NMM) 2023 yang berlangsung baru-baru ini.

Kenyataan tersebut turut memaklumkan selain amalan pemakanan yang sihat, senaman juga membantu membina otot yang lebih baik, membawa kepada gaya hidup yang lebih aktif dan membolehkan orang ramai menjalankan pelbagai aktiviti harian dengan mudah.

Iklan

"Dalam program itu juga, AMB turut mempromosikan minuman sukan berperisa jeli epal aminoVITAL® yang dirumus dengan Asid Amino Rantaian Bercabang (BCAA) untuk meningkatkan prestasi senaman, menguatkan daya tahan otot, meningkatkan pemulihan otot dan mengurangkan keletihan otot.

"Selain itu, terdapat pelbagai permainan interaktif, video dan bahan pendidikan di reruai pameran AMB semasa acara tersebut termasuk pertandingan permainan, merasa sampel makanan, penjualan dan banyak lagi,” katanya.